Thursday 19 May 2016

Kenangan dunia kita



Sejenis rindu yang tak dapat di ungkap dengan kata2 terima kasih kepada yang sudi doodlekan nama jeans merah. Terima kasih jugak sebab pernah, masih dan selalu ingat dekat aku. Walaupun aku tak pernah berkata2 tapi jauh di sudut hati aku sangat rindukan korang. InsyaAllah rindu untuk korang semua sentiasa aku semat dalam setiap doa aku.


Jangan risau kawanku andai aku tak muncul lagi di dunia itu tak bermakna aku lupa korang semua kenangan aku dengan korang semua aku tak pernah lupa. Aku pernah kecundang dengan cinta di dunia tu sebab tu aku ambik keputusan untuk tarik diri. Korang semua pun kenal aku siapa kan kalau rindu jemput2 la pm k. InsyaAllah aku tak sombong yang tak kenal baru nak kenal pun boleh dan sangat di alu2 kan


Sebab apa aku letak semua kenangan di sini dan bukan di sana? Sebabnya aku nak korang tau aku tak pernah lupa korang yang menghargai aku, cuma aku lebih selesa berbicara disini kalau ada sapa2 yg kenal aku dri dunia tu jemput la komen k. Kalau je lah.


Im really sure yang tahu aku ada blog Cuma 2 3 orang je kalau yang pandai cari tu kau memang awesome. Ni hasil tangan anak melayu yang korang perlu tahu dan sebab ni la aku sayang korang yang pernah, masih dan still contact.


 

Actually dah lupa dri siapa tapi ni tanda sayang aku kat hang


well ni dari kawan uni aku..time tu aku yang mintak diorang buatkan yang ni


Dan yang ni pun sama dari kawan uni aku jugak.



This from my partner in crime uthe only one yang aku kenal dari situ dan terus ke alam realiti



Ini pulak dari ubi kayu si aisa




this nice drawing come from jent 



pic ni jugak dari my partner in crime


kata2 dan lukisan yang sangat cantik ni adalah dari kesayangan jeans merah antara yang mula2 kenal masa tu



this one from atok roshi yang aku sangka tua rupanya muda lagi dan paling best lebih muda dri aku



This is the special one, sebab? haaa ni adalah dari orang yang aku sendiri tak kenal and tiba2 dia pm aku dan bagi hasil tangan dia wah virus ni memang best sebab even org yang tak kenal pun menghargai kita tau


Gambar ini dilukis oleh pakcik si kartunis simple but nice jangan tak tau pakcik ni banyak melukis gambar org and memang serupa sangat tahu?



Ini pulak dari brader yang jugak antara orang awal yang aku kenal



kibo ni aku kenal time virus doodle sedang bjalan dia pun antara org yang aku xkenal tiba2 tulis nama aku



tak sangka dalam kesengalan dia pandai melukis di kenali sebagai kenali tawaku yang ramai mengatakan dia perempuan and ada yg cakap dia masih muda tapi gunakan perkataan abg tak pasti tapi dia juga org yg berbakat dalam menghiburkan orang lain.



Orang yang mulakan virus ini last2 dia patah tangan nak baalas kat setiap 1 haha padan muka hang kan dah kena.....
 Dia terkenal dan semakin terkenal dia ni kan orang pandai bercakap means petah aku sendiri pun kadang2 xdak point  nak blas kalau kena hentam dia ni memang ada ja jawapan kalau kenahentam mentak x cepat koyak bruh!



  Another one from brader rajin benaq dia.
Lagi 1 dia kat situ di kenali sebagai orang kaya buat2 belagak ayat dia tuu sangat kelakar



This one yang aku lupa nak blas sampai sekarang sorry mentari sha lupa sangat nak blas


And the last one lukisan from overseas tauu! student yang study kat indon buatkan haha actually dia melayu tapi ini rare sikit kan...

Semua lukisan atas nama jeans merah dah di sematkan di blog ini thank you guys susah payah buatkan untuk aku walau ada yang aku lupa nak balas. Mereka adalah kesayangan aku dari perkampungan kejiranan maya ini dan walaupun terhenti aku di sana tapi aku taknak lupakan korang yang sangat awesome ni sebab kita semua bersatu atas ikatan persahabatan.
Banyak pulak membebel harini kan sorry but one thing that all of you should know i really2 love them.
                                                                                 


                                                                            Jeans merah

Nak Tau Something tak?




Naktau something tak?


Aku dulu clash sebab ni la, aku simpan apa yang aku rasa aku sedih dan aku buat keputusan masa otak aku tak berfungsi sepenuhnya. Baru sekarang aku sedar aku menyesal, aku melepaskan orang yang aku sangat sayang sebab aku terlampau cemburu. Entah apa la yang aku fikir masa tu aku tak ingat tapi yang aku tau aku sayang dia aku fikir akan ada kesempatan untuk aku dan dia, tapi semua tu tinggal harapan ja lah, berangan sampai langit ketujuh pun dia takkan ada untuk aku lagi. Bila fikir balik sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan dia kenapa? Hahaha sentiasa menjadi persoalan sampai sekarang takdak jawapan.

Kerinduan yang tiada ubatnya. Aku terlampau takut kisah silam aku berulang kembali jadi aku ambil keputusan untuk meninggalkan dia, aku fikir ia semudah yang di sangka. Aku fikir nak melupakan insan yang aku pernah sayang dengan persetujuan dua2 pihak senang tapi akhirnya aku gagal. Bila kita meninggalkan seseorang jujur untuk aku katakan tak mudah dan aku rasa sangat bersalah sampai sekarang mungkin untuk selamanya.

Nak tahu macam mana rasa peritnya?
Ia lebih teruk dari kita kena tinggal dengan pasangan tanpa sebab. Luka ni aku sendiri buat dan bukan aku seorang ja yang rasa tapi dia pun sedih dia tak cakap tapi aku tahu. Ya aku sayang dia dan masih sayang tapi andai takdir tertulis di luh Mahfuz dia bukan untuk aku harapan yang tinggal hanya berdoa. Ya berdoa agar dia jumpa kebahagiaan dia sendiri. Ingin aku khabarkan kepadanya andai dia masih lagi sendiri aku nak cakap aku masih sayang kat dia jauh di sudut hati aku masih ada dia,tapi kalau sudah jumpa pengganti doaku agar dia kekal bahagia selamanya. Dia berhak mendapat kebahagiaan dia sendiri.


Selepas aku clash dengan bae aku ada wasep seorang sahabat jauh di Jordan. Aku tiada teman ingin mengadu jadi aku cerita kepadanya dan kawan aku berpesan kalau ada jodoh suatu hari nanti pasti jumpa kembali tak kira dalam situasi apa pun. Simpan harapan dalam doa kenapa? Sebab doa itu kekal tapi kalau kau berharap pada manusia hatinya berubah2. Aku pasti akan ingat pesanan dia sahabatku.


Pesan mak aku pula  dalam bercinta kalau sayang sangat2 walau saling menyayangi sekalipun kalau takda jodoh takkan berkahwin jugak. Ingat janji Allah kun faya kun. Kalau Dia berkehendak sesuatu ia pasti akan terjadi. Jangan risau kalau ada jodoh walau masing2 terpisah ke hujung dunia pun pasti akan berkahwin jangan ragui kuasa Allah. Tugas kita sebagai manusia berserah segala terjadi pada Allah. Setiap apa yang berlaku dari dulu sehingga kini semuanya bersebab jadi siapa kita nak pertikaikan.


Jadi pesan aku untuk semua kalau betul sayang selagi kau boleh sabar dengan partner kau sabar je lah jangan sampai nanti kau kehilangan dia time tu kau dah menyesal pun takguna. Jaga perasaan beliau tak kisah boy or girl aku pesan ni random. Kalau kau taknak sedih macam aku lebih baik kau sabar dan sayang dengan apa yang ada depan mata.

Sekian ceramah dari kakak comel



                                                                                              Jeans merah

                                                                                              Jeans merah

Tuesday 22 December 2015

Laksa Johor homemade

Assalam.. Wah agak lama tak up entry
Uih lama benaq xlepak kat blog...
Al maklumlah sejak habis exam g bertapa kejap xdapat apa pun haaa Rasanya sekarang ni macam nak belajar masak lah pulak Jom belajar sesama nak?  

Actually saya memang x pandai memasak Setakat biasa2 tu boleh la So hari ni sebab mood masak datang so saya akan up post resepi masakan yang agak simple sebab saya ni pun baru je belajar masak.. Dah tua2 baru nak belajar memang lambat lah boleh terima dalam otak ni ha sebab tu simpan je dalam ni haa senang kalau nak masak kita just open any resepi in my blog Orang xpandai masak macam saya ni belajar masak pun benda simple je la..kalau ada yang nak kongsi resepi pun bole sbab skrg memang saya nak memasak je bagi hilang stress... Ok resepi pertama ialah laksa johor made by orang perlis....... Wuuu demand kan Takpa belajar sendiri cari bahan lama2 pandai masak jugak haa

Bahan A

*1kg Ikan Parang @ ikan kembung @ ikan selayang(saya guna ikan kembung memandangkan di perlis susah jmpa ikan parang)

*Ikan kembung - Bahagian kepala dan badan

#sediakan stok ikan:

  • Cuci ikan sampai bersih
  • Rebus sehingga empuk
  • Asingkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan
  • Tulang ikan+ kepala ikan blend
  • Masukkan air rebusan ikan dalam blend dan blend sampai halus  
  • Tapis dan buang hampas
  • stock ikan di letakkan dalam 1 bekas dan d ketepikan

Bahan B

*Stock udang 250 gram ( saya guna udang lebih ikut citarasa masing2 sebab saya suka udang)

  #sediakan stock udang:
  • Udang di bersihkan
  • Asingkan isi dengan kulit serta kepala
  • Rebus kulit dan kepala udang dengan sedikit air
  • Kulit dan kepala udang serta air rebusan di kisar halus
  • Tapis untuk stock udang
  • Kisar isi udang ( saya kisar bersama isi ikan dan bahan D)

Bahan C

*4 sudu udang kering( ini pun saya letak lebih jugak ikut citarasa masing2)
* 1 ekor ikan masin
*Rendam udang kering dan ikan kering sehingga lembut
*dan kisarkannya

Bahan D

*6 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inchi lengkuas
*15 tangkai cili kering (kalau lebih pun takpa saya ambil ikot resepi ja nak lagi sedap ikut naluri masak time tu )
* rendam semua dan kisarkannya


Bahan E

*2 sudu besar jintan manis
*2 sudu besar ketumbar
*Goreng sehingga bau wangi
*ditumbuk halus

Bahan F

*spighatee
*saya tak guna spighatee saya guna mee je sebab saya suka mee....
*Rebus sehingga lembut

Bahan lain-lain:

*2 sudu besar rempah kari daging
*1/2 kg santan pekat (kalau suka lemak boleh masukkan lebih)
*1 ikat daun kesum
*1 kuntum bunga kantan
*1 batang serai
*1 buku gula melaka
*Garam dan gula secukupnya
*Kerisik

Sambal belacan

*15 tankai cili kering
*2 lada merah
*1 ulas bawang putih
*Belacan secukup rasa
*tumbuk sehingga halus pekat likat dan melekat

Cara masak:


  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bahan D
  3. Masukkan serai dan masak sampai keluar minyak
  4. Masukkan bahan E
  5. Masukkan rempah kari. Masak hingga rempah garing
  6. Masukkan bahan B
  7. Masukkan bahan A
  8. Biarkan kuah mendidih
  9. Masukkan santan
  10. Masukkan bahan C
  11. Masukkan asam keping
  12. Masukkan gula melaka
  13. Masukkan kerisik
  14. Masukkan bunga kantan yang di  belah 2
  15. Masukkan daun kesum yang diikat
  16. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  17. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit




Monday 14 September 2015

Rehat dan Santai

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya saya tak pandai pun nak menulis untuk nampak lagi menarik minat orang untuk membaca sebab saya cuma menjadi diri sendiri saat saya menaip ni pun semua yang keluar dari isi hati saya..nampak macam sangat poyo tapi tu lah saya tak dapat ubah diri sendiri..dalam diam ada yang suka dengan cara saya dan ada jugak yang tak suka..ok let me think a while?

Saat ini saya final exam just around the corner xsampai sebulan pun lagi untuk saya bergelar pelajar..iya saya kena mengakui saya adalah pelajar yang sangat lambat untuk memahami  setiap bait yang di sampaikan sebab saya tak fokus dalam kelas.

Saya menulis di blog hanya untuk menghilangkan bosan memang saya tiada follower pun sebab sya memang tidak berharap untuk ada follower tetapi kalau ada alhamdulillah ada yang sudi membaca sedikit sebanyak kisah hidup saya..

Sekarang saya cuma akan pandang kehadapan saja yang pahit usah di kenang yang manis biar ia terus menjadi memori indah tak boleh marah pun orang yang datang dan pergi dari hidup kita kan?? Setidaknya dia pernah membahagiakan kita kan? Walaupun pahit tapi itu mungkin memberikan kita pengalaman berharga saya tak kata saya pandai belajar tapi saya dah jemu menahan perasaan yang sama dan buang masa bak kata quote dalam twitter 'bercinta bagai nak rak keluar dengan orang tu ke sana sini last2 tak kawin pun tengok2 dah tua...kan ada jugak betulnya

Dari buang masa dengan perkara yang tak berfaedah lebih baik fikirkan sesuatu yang mungkin boleh buat kita berjaya setidaknya berusaha walaupun tak berjaya kan? 

Saya akui kawan2 adalah penguat saya kala ketika saya belajar tapi bila dah sendiri ibarat lone ranger kena usaha semuanya sendiri dah tak boleh berharap dekat orang dah last2 nak mati nanti sendiri jugak amal ibadat juga taqwa yang menentukan dimana kita akan berada..

Doakan saya berjaya ye insyaAllah saya berharap walaupun saya menjadi perbandingan orang sekeliling sebab kekurangan saya dalam pelajaran tapi kalau rezeki saya untuk berjaya tak kemana saya juga berdoa agar pembaca sekalian berjaya bukan hanya di dunia tapi di akhirat jugak..Jangan risau kalau bukan rezeki di dunia pasti banyak rezeki di akhirat kelak yang penting jangan  tinggal solat saya nasihat untuk diri sendiri jugak nii.....

Rindu

Assalamualaikum w.b.t

Setiap pertemuan pasti akan terpisah, setiap masalah pastinya ada jawapan dan setiap yang hidup pasti akan menemui ajal...itu paling PASTI. Point utk pagi ini ialah Perpisahan. Aduh kenapa rasa macam nak jiwang ye pagi ni? izinkan tak sayya nak berjiwang plis? eh over kan

Bila berpisah pasti akan ada perasaan rindu bukan? Yes i do miss him right know.. ewah gedik nak speaking like mat saleh sikit..saya bukan menggunakan identiti sebenar saya maksudnya bukan nama sebenar mungkin dengan cara ni saya boleh cakap atau luah apa yang saya suka tanpa ada gangguan di sini tapii kalau ada rasa saya ni pelik boleh je cakap sebab sekarang saya dalam proses perubahan insyaAllah jangka masa panjang..eh lari tajuk ke? nanti kita sediakan entry utk perubahan diri saya ye..

2 3 hari ni saya sangat merindu seseorang yang pernah rapat dengan saya orang yang saya rasa selamat bila ada dengan dia dan orang yang sangat saya sayang..yes sangat sayang..sebelum saya rapat dengan dia saya sangat2 hormati dia dan dia sangatt protective.. sebab saya kenal dia bermula di alam maya dan selama lebih setahun kami hanya berhubung melalui telepon dan facebook sahaja. Masa berlalui zaman berubah dia telah upgrade kepada BB. Wow!! masa tu siapa ja guna Bb memang sangat hebat lah. 

Ok di pendekkan cerita dengan layanan dia terhadap saya sangat baik saya rasa perasaan lebih dari seorang kawan dan juga abang sebab dia adalah abang angkat saya..haha macam poyo kan malu bila teringat balik, mungkin dia tiada perasaan dekat saya pun tapi dengan layanan dia super duper baik saya jadi suka dari seorang kawan bertukar perasaan menjadi lebih dari itu, tapi sayangnya waktu tu dia dah ada someone special.

Saya rasa sangat sakit mungkin sebab saya sukakan dia dan dengan perasaan kecewa begitu saya langsung tidak menghubunginya bukan sehari atau seminggu tetapi hampir 2 bulan dan tiba2 sewaktu saya habis orientasi di IPTA di perlis dia menghubungi saya dan akhirnya kami baik semula tetapi sebagai seorang kawan  dan lama kelamaan dia layan saya macam saya adalah milik dia maksudnya dia buat saya macam saya seorang yang istimewa wahh terharu.

Maaf ye saya bercerita apa pun tak tahulah tapi masa cepat berlalu bila dah lama tak berhubung tiba2 dia cari saya dan akhirnya kami berbaik semula dan saya semakin suka tapi ada 1 ayat dia cakapkan kat saya 'kita macam ni pun dia ckup selesa dah' maksudnya dia tak declare tapi dia layan saya macam saya girlfriend dia haha wahh hebat kan laki guys laki tapi saya tahu tak semua laki macam ni cuma saya xjumpa yang terbaik untuk diri saya lagi buat masa ni.

Tepat lepas Zohor tiba2 di laman sosial twitter tiba2 ada seorang perempuan favourite tweet saya dan dia dan saya stalk dia dengan perasaan curious sangat2... dan zassssss!!! semua pertanyaan dalam hati saya mengenai lelaki yang sangat saya sayangi adalah milik that girl..yes i admit i really2 sorry for disturb your man.. Kepada that girl saya tahu awak sangat sayang dia kan awak sanggup show off yang dia adalah your future husband and bla bla bla yes you are his girl of course awak nak kawin dengan dia kan i know thats my feeling for him to.. You all boleh bayang macam mana hancurnya perasaan saya bila lelaki yang hampir 5 tahun kenal tiba2 dia sudah dimiliki tanpa saya ketahui yes salah saya tapi kalau saya tahu dia sudah berpunya tak dak maknanya saya berniat nak berbaik dengan dia..

Dia layan saya dengan memberi harapan tiba2 that girl  update tweet 'i will  be engage end of this year wait and see' hey girl you tak payah nak show off aku tak hingin nak putuskan hubungan you ok..and selepas itu saya dengan berat hatinya melepaskan that guy.. yes i really love him all of me want him to be with me tapi mungkin tiada jodoh kan? Kalau kita sayangkan seseorang itu kita patut melepaskannya dengan harapan kita menemui kebahagian yang di impikan dan berharap dia akan selalu bahagia.

Begitulah kisah Perpisahan sya dengan begitu tragis. sadis terok ni tapi entry ni saya buat untuk cakap 'aku rindu hang sangat2 wei tak tipu tapi takdir hang bukan dengan aku, aku xsalahkan takdir mungkin ini unbtuk kebaikan kita dan kebaikan kita.. Aku sayang hang takkan hilang perasaan ni tapi satu ja aku cakap..aku masih anggap hang abang aku sebab hang memang layak jadi bang yang sangat care adik dia terima kasih untuk segalanya yang hang curahkan untuk aku..takkan hilang perasaan ini takkan ok..aku cuma boleh cakap di sini kalau hang ada terbaca post ni mungkin time tu hang dah kawin dan ada anak..tahniah atas pertunangan hang aku gembira untuk hang'

Please jaga your future wife elok2 ye jangan buat dia rasa sakit hati like you do to me..from your little sister

Eh panjang sangat tak kisah ni penat nak baca? its okay bila2 baca pun takpa.. i'm just create story for inspiration..jangan terasa putus asa dengan apa yang terjadi kepada kita sebab Allah lenih tahu jalan hidup kita..setiap sesuatu yang berlaku adalah hikmah terbesar buat diri kita..

Wallahualam......